Monday 17 April 2017

3rd Pecinta ARBA Cavy Show @ The School by Jaya One

3rd Pecinta ARBA Cavy Show sempena dengan Hunt for the Rabbit's Foot yang dianjurkan oleh The School by Jaya One dengan kerjasama PECINTA. Usahasama kali ke-2 PECINTA & The School by Jaya One ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada masyarakat sekitar. Pengunjung tidak putus-putus datang untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian baka arnab yang dipamer dan dipertandingkan.

Bertempat di Ground Floor The School by Jaya One, 122 ekor arnab telah dibawa untuk bertanding oleh pemilik dan breeder arnab dari serata Malaysia. 17 baka yang terdiri daripada baka American Fuzzy Lop, Dutch, Dwarf Hotot, English Angora, English Lop, Flemish Giant, French Lop, Havana, Holland Lop, Jersey Wooly, Lionhead, Mini Lop, Mini Rex, Mini Satin, Netherland Dwarf, New Zealand White dan Satin Angora.

Pertandingan dibahagikan kepada Show A dan Show B yang mana setiap Show diadili oleh juri profesional ARBA daripada Amerika iaitu Randy Cler dan Theresa Christen. Pertandingan ini berjalan serentak di Show A dan B dengan setiap arnab daripada setiap baka yang bertanding akan diadili mengikut baka . Arnab yang terbaik akan dipilih untuk dinobatkan sebagai Best of Breed, Best Opposite Sex of Breed, Best of Variety, Best Opposite Sex of Variety,Best of Group dan Best Opposite of Group. Semasa pusingan akhir, arnab dari setiap baka yang telah dinobatkan Best of Breed akan diadili sekali lagi untuk merebut gelaran Best in Show dan Best Reserve in Show di setiap Show A dan B. Para pemilik arnab yang bertanding akan dapat mengetahui tahap kualiti serta kekurangan yang perlu dibaiki pada arnab masing-masing melalui komen juri ketika mengadili setiap arnab.

Arnab Netherland Dwarf milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Flemish Giant milik Farrah Abdullah dari Kuala Lumpur dinobatkan Best Reserve in Show oleh Randy Cler. Manakala arnab Netherland Dwarf milik Nik Ahmad Farid Nik Iskandar Ariff dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Holland Lop milik Ja'afar Abu Hassan dari Melaka dinobatkan Best Reserve in Show oleh Theresa Christen.

No comments:

Post a Comment