Monday 17 April 2017

3rd Pecinta ARBA Cavy Show @ The School by Jaya One

3rd Pecinta ARBA Cavy Show sempena dengan Hunt for the Rabbit's Foot yang dianjurkan oleh The School by Jaya One dengan kerjasama PECINTA. Usahasama kali ke-2 PECINTA & The School by Jaya One ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada masyarakat sekitar. Pengunjung tidak putus-putus datang untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian baka arnab yang dipamer dan dipertandingkan.

Bertempat di Ground Floor The School by Jaya One, 122 ekor arnab telah dibawa untuk bertanding oleh pemilik dan breeder arnab dari serata Malaysia. 17 baka yang terdiri daripada baka American Fuzzy Lop, Dutch, Dwarf Hotot, English Angora, English Lop, Flemish Giant, French Lop, Havana, Holland Lop, Jersey Wooly, Lionhead, Mini Lop, Mini Rex, Mini Satin, Netherland Dwarf, New Zealand White dan Satin Angora.

Pertandingan dibahagikan kepada Show A dan Show B yang mana setiap Show diadili oleh juri profesional ARBA daripada Amerika iaitu Randy Cler dan Theresa Christen. Pertandingan ini berjalan serentak di Show A dan B dengan setiap arnab daripada setiap baka yang bertanding akan diadili mengikut baka . Arnab yang terbaik akan dipilih untuk dinobatkan sebagai Best of Breed, Best Opposite Sex of Breed, Best of Variety, Best Opposite Sex of Variety,Best of Group dan Best Opposite of Group. Semasa pusingan akhir, arnab dari setiap baka yang telah dinobatkan Best of Breed akan diadili sekali lagi untuk merebut gelaran Best in Show dan Best Reserve in Show di setiap Show A dan B. Para pemilik arnab yang bertanding akan dapat mengetahui tahap kualiti serta kekurangan yang perlu dibaiki pada arnab masing-masing melalui komen juri ketika mengadili setiap arnab.

Arnab Netherland Dwarf milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Flemish Giant milik Farrah Abdullah dari Kuala Lumpur dinobatkan Best Reserve in Show oleh Randy Cler. Manakala arnab Netherland Dwarf milik Nik Ahmad Farid Nik Iskandar Ariff dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Holland Lop milik Ja'afar Abu Hassan dari Melaka dinobatkan Best Reserve in Show oleh Theresa Christen.

Sunday 9 April 2017

Rabbit Petting Zoo & Little Safari @ The School by Jaya One

Berlangsung selama 2 hari pada 8 - 9 April 2017 Little Safari dan 9 hari bermula 8 - 16 April untuk Rabbit Petting Zoo di GF The School by Jaya One.

Program kerjasama Pecinta & The School by Jaya One

Pecinta sekali lagi diberi kepercayaan oleh pengurusan The School by Jaya One untuk menganjurkan program bertemakan arnab di mall mereka. Program yang dijadualkan bermula 1 Apri 2017 sehingga 16 April 2017 padat dengan pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung secara percuma. Come join us!!

8-9 April 2017: Little Safari
8-16 April 2017: Rabbit Petting Zoo
15 April 2017: ARBA sanctioned Cavy Show
16 April 2017: ARBA sanctioned Rabbit Show





Malaysia Breeders Gathering 2017 @ The School by Jaya One

136 ekor arnab terdiri daripada 16 baka berentap di MBG2017 yang berlangsung di The School by Jaya One Petaling Jaya. Netherlands Dwarf milik Nik Ahmad Farid Nik Iskandar Ariff dinobatkan selaku juara merangkul gelaran Best in Show manakala Dwarf Hotot milik Behyo dinobatkan sebagai Best Reserve in Show oleh juri Briony Smith.




Tahniah kepada pemenang-pemenang dan terima kasih kepada para penaja kami The School by Jaya One, Beh & Yo Rabbitry, Nawarrah Rabbitry, Asrol Nm Rabbitry & JJay Pet Station.


Friday 13 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat Tahun Baru 2017! Masih tidak terlewat rasanya. Catitan terakhir di blog persatuan pada penghujung 2014 iaitu 30 Disember 2014 berkenaan liputan Selangor International Rabbit Show 2014 (SIRS 2014). Sepanjang tahun 2015 dan 2016, Persatuan masih bergerak aktif menganjurkan pertanding arnab.

Persatuan Pencinta Arnab Selangor (Pecinta) didaftarkan pada 21 Mac 2013 dan telah menganjurkan beberapa ARBA show spt berikut:

1 Jun 2013 - UM International ARBA Rabbit Show 2013 [156 arnab - Briony Barnes - BIS ND Didi Hashim, BRIS JW Aman Mark ]

7 Sept 2013 - 2nd UM ARBA Open All Breed Double Rabbit Shows 2013 [207 arnab / 11 baka - Chris Zemny & Scott Rodriguez - BIS HL Champ's Thumpers Hollands , BRIS ND BBerry Rabbitry ]

21 Dec 2013 - Malacca International Rabbit Show 2013 [140 arnab / 10 baka - Johny Haussener & Wade Burkhalter - BIS ND Didi Hashim, BRIS HL Beh Aik Kang / BIS HL Beh Aik Kang BRIS ND BBerry Rabbitry ]

20 April 2014 - International Rabbit Show 2014 by The School @ Jaya One [130 arnab / 12 baka - Briony Barnes - BIS ND & BRIS EL Beh Aik Kang ]

7 June 2014 - Selangor International Rabbit Show 2014 [ 130 arnab / 14 baka - Randy Shumaker & Josh Humphries - BIS HL Mohd Faizal Mfm , BRIS ND & EL Beh Aik Kang]

9 May 2015 - UM 3rd International ARBA Rabbit Show 2015 [130 arnab/20 baka - Maddie Pratt - BIS ML Muhamad Fadli, BRIS ES Aaron Arissa Azlan]

19 Mac 2016 - Kiut Miut Fiesta 2016 [ 80+ arnab - Cheryl Blackman - BIS ND Nik Farid Nik Iskandar BRIS Dutch Aaron Arissa Azlan ]

16 Oct 2016 - Pecinta Rabbit Show 2016 [80 arnab/13 baka - Beh Aik Kang (ARBA Registrar) - BIS MR E-Sir Gti, BRIS ND Saiful Nizam Ahmad ]

12 Nov 2016 - Pecinta ARBA Rabbit Show 2016 [ 117 arnab/19 baka - Allen Mesick - BIS ND Saiful Nizam Ahmad, BRIS HL Jaafar Abu Hassan ]


Pada tahun 2016 memperlihatkan penurunan di dalam jumlah penyertaan arnab di dalam setiap show yang diadakan. Pertambahan baka-baka baru tetapi penurunan yang jelas bilangan bagi setiap baka dalam sesatu pertandingan. Melihat perkembangan terkini, dijangkakan pada tahun 2017 ini perkembangan arnab hiasan bagi tujuan show akan kembali berkembang sebagaimana tahun 2013-2014.

Bermula Oct 2016, Penjenamaan semula nama setiap show kepada Pecinta ARBA Rabbit Show (Sanctioned) & Pecinta Rabbit Show (non-sanctioned) dan akan sekual utk seterusnya.

KPI Persatuan : 1 anjuran ARBA Show untuk setiap tahun.