Tuesday 19 March 2019

DPULZE INTERNATIONAL RABBIT & CAVY SHOW 2019

Open All Breed Double Sanctioned Rabbit Show & Open All Breed Single Sanctioned Cavy Show pertama kali untuk tahun 2019 akan diadakan pada 14 April 2019 bertempat di DPulze Shopping Centre, Cyberjaya. Penganjuran kali ke-2 DPULZE dengan kerjasama MARBA ini akan diadili oleh 3 juri ARBA iaitu Arie Wardhani dari Indonesia, Allen Mesick dan Melissa Magee dari California, USA. Melissa Magee akan mengadili Cavy Show yang akan dijalankan serentak.

Selain sanctioned show pada 14 April 2019, program dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti lain bermula paa 13 April 2019 dimana turut diadakan Rabbit Petting Zoo dan Small Animal Display.


Ayuh meriahkan penganjuran kali ini !

SHOW CATALOG: DPULZE INTERNATIONAL RABBIT & CAVY SHOW 2019


For more details please visit our Facebook Page ARNAB COMEL

Sunday 4 March 2018

Malaysia Breeders Gathering 2018

Program pembukaan tahun 2018 bagi industri arnab dan cavy hiasan di Malaysia. Persatuan Pencinta Arnab Selangor bernaung di bawah pertubuhan peringkat nasional iaitu Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA) dengan sokongan The School by Jaya One menganjurkan Malaysia Breeders Gathering 2018 (MBG2018) pada 20 Jan 2018 yang lalu. Penganjuran pertandingan arnab dan cavy kali ini menyaksikan 100 ekor arnab yang terdiri daripada 15 baka dan 11 baka cavy berjumlah 70 ekor. Pertandingan diadili oleh seorang juri ARBA, James Goodrich yang didatangkan khas daripada Buffalo, NY, USA.


Selain daripada pertandingan arnab & cavy, program turut dimeriahkan dengan small animal petting zoo yang memberi peluang pengunjung-pengunjung mendekati haiwan-haiwan kecil termasuk arnab dan cavy.


MBG2018 bagi pertandingan arnab menyaksikan Mohd Khairol Izzaidee Morad memenangi Best in Show melalui arnab Mini Rex miliknya, manakala Reserve Best in Show dimenangi oleh Behyo dengan arnab Netherland Dwarf.



Bagi pertandingan Cavy, Best in Show dimenangi oleh Jack & Ryan dengan cavy baka American manakala Danny Yeong untuk Reserve Best in Show melalui cavy baka Coronet.



Terima kasih kepada penaja-penaja yang menyokong dan menjayakan penganjuran pada kali ini.

Monday 17 April 2017

3rd Pecinta ARBA Cavy Show @ The School by Jaya One

3rd Pecinta ARBA Cavy Show sempena dengan Hunt for the Rabbit's Foot yang dianjurkan oleh The School by Jaya One dengan kerjasama PECINTA. Usahasama kali ke-2 PECINTA & The School by Jaya One ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada masyarakat sekitar. Pengunjung tidak putus-putus datang untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian baka arnab yang dipamer dan dipertandingkan.

Bertempat di Ground Floor The School by Jaya One, 122 ekor arnab telah dibawa untuk bertanding oleh pemilik dan breeder arnab dari serata Malaysia. 17 baka yang terdiri daripada baka American Fuzzy Lop, Dutch, Dwarf Hotot, English Angora, English Lop, Flemish Giant, French Lop, Havana, Holland Lop, Jersey Wooly, Lionhead, Mini Lop, Mini Rex, Mini Satin, Netherland Dwarf, New Zealand White dan Satin Angora.

Pertandingan dibahagikan kepada Show A dan Show B yang mana setiap Show diadili oleh juri profesional ARBA daripada Amerika iaitu Randy Cler dan Theresa Christen. Pertandingan ini berjalan serentak di Show A dan B dengan setiap arnab daripada setiap baka yang bertanding akan diadili mengikut baka . Arnab yang terbaik akan dipilih untuk dinobatkan sebagai Best of Breed, Best Opposite Sex of Breed, Best of Variety, Best Opposite Sex of Variety,Best of Group dan Best Opposite of Group. Semasa pusingan akhir, arnab dari setiap baka yang telah dinobatkan Best of Breed akan diadili sekali lagi untuk merebut gelaran Best in Show dan Best Reserve in Show di setiap Show A dan B. Para pemilik arnab yang bertanding akan dapat mengetahui tahap kualiti serta kekurangan yang perlu dibaiki pada arnab masing-masing melalui komen juri ketika mengadili setiap arnab.

Arnab Netherland Dwarf milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Flemish Giant milik Farrah Abdullah dari Kuala Lumpur dinobatkan Best Reserve in Show oleh Randy Cler. Manakala arnab Netherland Dwarf milik Nik Ahmad Farid Nik Iskandar Ariff dari Selangor telah dinobatkan Best in Show dan arnab Holland Lop milik Ja'afar Abu Hassan dari Melaka dinobatkan Best Reserve in Show oleh Theresa Christen.

Sunday 9 April 2017

Rabbit Petting Zoo & Little Safari @ The School by Jaya One

Berlangsung selama 2 hari pada 8 - 9 April 2017 Little Safari dan 9 hari bermula 8 - 16 April untuk Rabbit Petting Zoo di GF The School by Jaya One.

Program kerjasama Pecinta & The School by Jaya One

Pecinta sekali lagi diberi kepercayaan oleh pengurusan The School by Jaya One untuk menganjurkan program bertemakan arnab di mall mereka. Program yang dijadualkan bermula 1 Apri 2017 sehingga 16 April 2017 padat dengan pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung secara percuma. Come join us!!

8-9 April 2017: Little Safari
8-16 April 2017: Rabbit Petting Zoo
15 April 2017: ARBA sanctioned Cavy Show
16 April 2017: ARBA sanctioned Rabbit Show