Persatuan Pencinta Arnab Selangor telah didaftarkan pada 21 Mac 2013
sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan
nombor pendaftarannya PPM-005-10-21032013.
Matlamat dan objektif penubuhan persatuan ini adalah :
- Mengumpul individu-individu yang mempunyai minat untuk membangun, memperkasa, memartabat dan mengembangkan pemeliharaan arnab di malaysia di dalam satu pertubuhan.
- Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
- Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama demi kepentingan persatuan.
- Mempromosi dan memperkenalkan arnab kepada masyarakat umum melalui aktiviti-aktiviti berkaitan.
- Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan tujuan kebaikan dan kepentingan ahli dan organisasi, dan
- Memupuk perasaan menghargai haiwan agar ahli-ahli dapat menjadi insan yang prihatin serta bertanggungjawab.
Semoga usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak seterusnya akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya.
No comments:
Post a Comment