Tuesday 30 December 2014

SELANGOR INTERNATIONAL RABBIT SHOW 2014

Selangor International Rabbit Show 2014 (SIRS 2014) telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA) dengan kerjasama Malaysia Rabbit Breeders Association (MARBA). Pertandingan yang diiktiraf oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA) ini merupakan kali ke-3 dianjurkan di Malaysia pada tahun ini. Penganjuran kali ini telah mendapat sokongan daripada rakan penaja iaitu Oxbow, Beh&Yo, Azie Trading dan MARA.

Bertempat di Anggerik Mall Shah Alam Selangor, 130 ekor arnab telah dibawa untuk bertanding oleh pemilik dan breeder arnab dari serata Malaysia. Penganjuran kali ini hanya mempertandingkan baka-baka asli yang diiktiraf oleh ARBA. 14 baka yang terdiri daripada baka Holland Lop, Netherland Dwarf, Mini Rex, English Angora, Dutch, Jersey Wooly, Dwarf Hotot, English Lop, American Fuzzy Lop, Lionhead, Tan dan penampilan baka baru julung kalinya New Zealand White, Californian dan Standard Rex.


Pertandingan dibahagikan kepada Show A dan Show B yang mana setiap Show diadili oleh juri profesional ARBA daripada Amerika Syarikat iaitu Randy Shumaker dan Josh Humphries.
Pertandingan ini berjalan serentak di Show A dan B dengan setiap arnab daripada setiap baka yang bertanding akan diadili mengikut baka . Arnab yang terbaik akan dipilih untuk dinobatkan sebagai Best of Breed, Best Opposite Sex of Breed, Best of Variety, Best Opposite Sex of Variety,Best of Group dan Best Opposite of Group. Semasa pusingan akhir, arnab dari setiap baka yang telah dinobatkan Best of Breed akan diadili sekali lagi untuk merebut gelaran Best in Show dan Best Reserve in Show di setiap Show A dan B. Para pemilik arnab yang bertanding akan dapat mengetahui tahap kualiti serta kekurangan yang perlu dibaiki pada arnab masing-masing melalui komen juri ketika mengadili setiap arnab.

Mohd Faizal Mohammad (MFM Holand) dari Selangor telah dinobatkan Best in Show untuk arnab Holland Lop di Show A dan B. Manakala Best Reserve in Show menjadi milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dari Selangor untuk arnab Netherland Dwarf di Show A dan English Lop miliknya di Show B. Selain itu, penganjuran kali ini juga menyaksikan B Berry Rabbitry dari Selangor dinobatkan sebagai 2013 Breeder of The Year Award hasil daripada kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan pada tahun lepas.

Monday 26 May 2014

Liputan International Rabbit Show at The School by Jaya One di The Star



Bacaan lanjut di THE STAR ONLINE

Gambar2 sekitar event

Selangor International Rabbit Show 2014

Setelah lebih setahun ditubuhkan dan di tahun 2014 ini, julung kalinya dan akhirnya Pecinta dapat juga mengusahakan satu penganjuran di Selangor sendiri. Terima kasih tidak terhingga kepada yang menyokong dan turut menyumbang ke arah penganjuran ini. Berkerjasama dengan Malaysia Rabbit Breeder Assocation (MARBA), Pecinta membawakan anda Selangor International Rabbit Show 2014.

Wednesday 26 February 2014

International Rabbit Show 2014 by The School @ Jaya One

PECINTA akan meneruskan aktiviti untuk tahun 2014 dengan penganjuran International Rabbit Show 2014. Penganjuran yang dibiayai sepenuhnya Jaya One ini akan berlangsung pada 20 April 2014 bertempat di The School,Jaya One No. 72A, Jalan Universiti 46200 Petaling Jaya.


Berikut beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut:-

- ARBA Sanctioned Rabbit Show
- Fancy Dress Rabbit Show
- Rabbit Exhibition
- Rabbit Breeding Talks Session
- Photography Studio
- Vendor Booth

PECINTA mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 100 ekor arnab pelbagai baka daripada seluruh Malaysia dan penganjuran kali ini pastinya akan ada kelainan dari segi susun atur kerana selain daripada pertandingan, pengunjung akan bakal berpeluang melihat arnab-arnab yang akan dipamerkan. Pertandingan kali ini akan diadili oleh juri ARBA, Briony Barnes (USA) dan dibantu oleh Pendaftar ARBA, Arie Wardhani (Indonesia).


Show Catalogue