Sunday, 29 December 2013

Malacca International Rabbit Show 2013


Penganjuran ARBA sanctioned untuk penutup tahun 2013 oleh PECINTA. Buat julung kalinya PECINTA merentas sempadan negeri dengan menganjurkan Show di luar Selangor. Terima kasih tidak terhingga kepada penaja-penaja iaitu Beh & Yo Rabbitry untuk tajaan hadiah dan Bank Rakyat untuk tajaan tempat.

Menampilkan 2 orang juri ARBA iaitu Johny Haussener dan Wade Burkhalter dari USA serta Arie Wardhani, pendaftar ARBA dari Indonesia. Penganjuran kali ini telah disertai oleh 140 ekor arnab yang terdiri daripada 10 baka arnab iaitu American Fuzzy Lop, Dutch, Dwarf Hotot, English Anggora, English Lop, Holland Lop, Jersey Wooly, Lionhead, Mini Rex dan Netherland Dwarf.

Penganjuran kali ini telah menyaksikan Gerimy arnab Netherland Dwarf milik Zubaidi Hashim (DD Rabbitry) dari P. Pinang dinobatkan Best in Show dan Trek arnab Holland Lop milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dari Selangor dinobatkan Best Reserve in Show untuk Show A oleh Johny Haussener. Manakala di Show B, Trek dinobatkan Best in Show dan Hot arnab Netherland Dwarf milik Fong Kok Keong (BBerry Rabbitry) dari Selangor dinobatkan Best Reserve in Show oleh Wade Burkhalter.

Tahniah kepada Pemenang-pemenang!!

Wednesday, 11 September 2013

Kemeriahan di 2nd UM ARBA Open All Breed Double Rabbit Shows 2013

MERIAH!!!

Penganjuran kali ini telah disertai oleh 207 ekor arnab yang terdiri daripada 11 baka, menyaksikan DTL's Monster membuktikan kehebatan apabila dinobatkan juara berganda Best in Show untuk kedua-dua kategori A & B di bawah penjurian Chris Zemny & Scott Rodriguez. Sementara itu, B Berry's Hot telah dinobatkan Best Reserve in Show.



Laporan di BERITA WILAYAH RTM 1

Laporan di Berita Wilayah RTM



Laporan di Malaysia Hari Ini TV3

Laporan di Harian Metro 17 Sept


Laporan di NSTP 14 Sept 2013


Laporan di KOSMO 17 Sept

Laporan di Sinar Harian Online

Sunday, 21 July 2013

September Ini... 2nd UM ARBA Rabbit Show 2013

Berita baik buat semua!

PECINTA bersama-sama dengan MRC dan UMEC sekali lagi akan menganjurkan ARBA Rabbit Show pada 7 September 2013 yang akan datang. Lokasi yang sama dengan yang lalu. Penganjuran ini akan ditaja oleh ShowMaster



Pertandingan pada kali ini akan diadili oleh dua orang juri ARBA yang tidak asing lagi iaitu Chris Zemny dan Scott Rodriguez.



Persiapkan arnab-arnab anda!

Aktiviti PECINTA Mendapat Liputan di Majalah JINAK dan PETS

Aktiviti sulong PECINTA telah mendapat liputan di dalam Majalah JINAK edisi Julai/Ogos 2013 dan juga Majalah berbahasa Cina PETS edisi Julai 2013. Terima kasih kepada kedua-dua editor Majalah kerana berbesarhati membuat liputan tentang UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah berlangsung pada 1 dan 2 Jun lalu di Universiti Malaya. MAJALAH JINAK EDISI JULAI/OGOS 2013
MAJALAH PETS EDISI JULAI 2013

156 ekor Arnab Berentap di UM International ARBA Rabbit Show 2013

UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah berlangsung pada 1 Jun 2013 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 156 ekor arnab pelbagai baka berentap di dalam tiga kategori pertandingan iaitu 140 ekor di dalam kategori ARBA Sanctioned, 10 ekor di dalam kategori Local Rabbit Show dan 6 ekor di dalam kategori Fancy Rabbit Show. Pertandingan kali pertama dalam tahun 2013 ini adalah ajuran bersama Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA), Malaysia Rabbit Club (MRC) dan University of Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC).
Saudara Didi Hashim (DD Rabbitry) telah memenangi Best in Show (BIS) melalui arnab Netherland Dwarf dan saudara Mohd Harman (Mark Rabbitry) telah memenangi Best Reserved in Show (BRIS) melalui arnab Jersey Wooly.
Berikut adalah keputusan penuh UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah diadili oleh juri ARBA, Briony Barnes dan Registrar ARBA, Arie Wardhani.
PECINTA akan terus berusaha menganjurkan ARBA Rabbit Show di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang telah bertungkus-lumus di dalam menjayakan show pada kali ini.

Wednesday, 15 May 2013

Borang Keahlian PECINTA

BORANG KEAHLIAN

Nama
(Seperti Kad Pengenalan)
*
Prefix
First *
Last *
Suffix
No. Kad Pengenalan
Cth : 840123456789
Email *
No. Telefon *
Cth : 0123456789
Alamat
Street Address
Address Line 2
City
State / Province / Region
Postal / Zip Code
Country
Jantina
 Lelaki 
 Perempuan 
Bangsa
 Melayu 
 Cina 
 India 
 Lain-lain 
Cara Pembayaran
 Tunai 
 Online 
 Cek 

Yuran Pendaftaran : RM20.00 (Tahun pertama sahaja)
Yuran Tahunan : RM30.00

Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:

Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan
Bank : MAYBANK
Nama Akaun : Persatuan Pencinta Arnab Selangor
Nombor Akaun : 562731113169

Bayaran secara Cek atas nama PERSATUAN PENCINTA ARNAB SELANGOR

Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pencinta Arnab Selangor untuk setiap pembayaran
Pencadang
Penyokong
Pengakuan Pemohon
 SETUJU 
 TIDAK SETUJU 

Saya berhasrat untuk dipilih sebagai ahli Persatuan Pencinta Arnab Selangor dan dengan ini bersetuju untuk mematuhi Perlembagaan dan Peraturan Persatuan dan mengambil kepentingan dalam hal ehwal Persatuan.
Powered byEMF Online Form

Tuesday, 14 May 2013

UM International ARBA Rabbit Show & Symposium on Rabbit Breeding 2013

Langkah permulaan buat Persatuan Pencinta Arnab Selangor.


Terima kasih tidak terhingga buat semua yang menyokong usaha ini.

Maklumat Lanjut KLIK DI SINI

Monday, 13 May 2013

Industri Penternakan Arnab di Malaysia

Industri arnab adalah sangat baru di Malaysia . Industri ini dilihat semakin berkembang hasil dorongan dan galakan yang diberikan oleh kerajaan kearah pembangunan industri ini. Di antara penternakan yang ada, penternakan arnab adalah satu bidang yang masih luas untuk diterokai. Hal ini kerana perusahaan ini mempunyai potensi yang besar jika diusahakan. Potensi utama industri arnab dalam mewujudkan suatu agro bisnes dapat dilihat dari kemampuannya untuk berkembang biak samada diusahakan secara kecil-kecilan mahupun secara komersial. . Biologi arnab seperti bersaiz kecil, prolifik dan cepat berkembang biak, diet pracampuran, dan dapat menyesuaikan diri dengan baik kepada pelbagai persekitaran menjadi kelebihan kepada haiwan ini.
 
Kadar pembiakan haiwan ruminan seperti kambing, lembu, kerbau yang perlahan dan ancaman dari virus Avian Influenza dalam ayam boleh dijadikan faktor untuk mencari alternatif lain untuk penghasilan daging yang mempunyai sumber protein. Arnab boleh memenuhi keperluan itu. Potensi dari industri arnab termasuk: 
  1. mengukuhkan keselamatan makanan,
  2. meningkatkan pendapatan pengusaha,
  3. menyediakan peluang pekerjaan
  4. menghasilkan daging sihat yang berkualiti tinggi, dan
  5. membangunkan ekonomi luar Bandar.

Masyarakat kini juga semakin menerima kehadiran arnab sebagai salah satu alternatif untuk haiwan kesayangan. Sifatnya yang unik dan comel serta terdapat di dalam pelbagai variasi menjadikan arnab kian popular sebagai haiwan kesayangan. Industri arnab juga dilihat mampu bersaing di dalam dunia haiwan hiasan ini. Peningkatan jumlah penternak dan pembiak arnab hiasan mendorong semakin banyak pertandingan arnab hiasan diadakan. Hal ini sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi industri arnab di Malaysia.
 
Kini keadaan menunjukkan bahawa objektif penternakan arnab di beberapa negara Asia, walaupun pada skala mikro telah mula beralih ke arah tujuan komersil seperti yang berlaku di Indonesia dan Vietnam. Malaysia juga perlu mengambil peluang ini dan mula bergerak dengan lebih efisyen. Aktiviti pembangunan baru seperti keusahawanan dalam industri arnab ini bakal memberikan impak yang besar sekali gus mampu membawa perubahan terhadap aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan.

Thursday, 9 May 2013

Penubuhan Persatuan

Persatuan Pencinta Arnab Selangor telah didaftarkan pada 21 Mac 2013 sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya PPM-005-10-21032013.

Matlamat dan objektif penubuhan persatuan ini adalah :

  1. Mengumpul individu-individu yang mempunyai minat untuk membangun, memperkasa, memartabat dan mengembangkan pemeliharaan arnab di malaysia di dalam satu pertubuhan.
  2. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
  3. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama demi kepentingan persatuan.
  4. Mempromosi dan memperkenalkan arnab kepada masyarakat umum melalui aktiviti-aktiviti berkaitan.
  5. Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan tujuan kebaikan dan kepentingan ahli dan organisasi, dan
  6. Memupuk perasaan menghargai haiwan agar ahli-ahli dapat menjadi insan yang prihatin serta bertanggungjawab.

Semoga usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak seterusnya akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya.