Berita baik buat semua!
PECINTA bersama-sama dengan MRC dan UMEC sekali lagi akan menganjurkan ARBA Rabbit Show pada 7 September 2013 yang akan datang. Lokasi yang sama dengan yang lalu. Penganjuran ini akan ditaja oleh ShowMaster
Pertandingan pada kali ini akan diadili oleh dua orang juri ARBA yang tidak asing lagi iaitu Chris Zemny dan Scott Rodriguez.
Persiapkan arnab-arnab anda!
Sunday, 21 July 2013
Aktiviti PECINTA Mendapat Liputan di Majalah JINAK dan PETS
Aktiviti sulong PECINTA telah mendapat liputan di dalam Majalah JINAK edisi Julai/Ogos 2013 dan juga Majalah berbahasa Cina PETS edisi Julai 2013. Terima kasih kepada kedua-dua editor Majalah kerana berbesarhati membuat liputan tentang UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah berlangsung pada 1 dan 2 Jun lalu di Universiti Malaya.
MAJALAH JINAK EDISI JULAI/OGOS 2013
MAJALAH PETS EDISI JULAI 2013
156 ekor Arnab Berentap di UM International ARBA Rabbit Show 2013
UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah berlangsung pada 1 Jun 2013 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 156 ekor arnab pelbagai baka berentap di dalam tiga kategori pertandingan iaitu 140 ekor di dalam kategori ARBA Sanctioned, 10 ekor di dalam kategori Local Rabbit Show dan 6 ekor di dalam kategori Fancy Rabbit Show.
Pertandingan kali pertama dalam tahun 2013 ini adalah ajuran bersama Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA), Malaysia Rabbit Club (MRC) dan University of Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC).
Saudara Didi Hashim (DD Rabbitry) telah memenangi Best in Show (BIS) melalui arnab Netherland Dwarf dan saudara Mohd Harman (Mark Rabbitry) telah memenangi Best Reserved in Show (BRIS) melalui arnab Jersey Wooly.
Berikut adalah keputusan penuh UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah diadili oleh juri ARBA, Briony Barnes dan Registrar ARBA, Arie Wardhani.
PECINTA akan terus berusaha menganjurkan ARBA Rabbit Show di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang telah bertungkus-lumus di dalam menjayakan show pada kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)