Showing posts with label arnab selangor. Show all posts
Showing posts with label arnab selangor. Show all posts
Sunday, 21 July 2013
156 ekor Arnab Berentap di UM International ARBA Rabbit Show 2013
UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah berlangsung pada 1 Jun 2013 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 156 ekor arnab pelbagai baka berentap di dalam tiga kategori pertandingan iaitu 140 ekor di dalam kategori ARBA Sanctioned, 10 ekor di dalam kategori Local Rabbit Show dan 6 ekor di dalam kategori Fancy Rabbit Show.
Pertandingan kali pertama dalam tahun 2013 ini adalah ajuran bersama Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA), Malaysia Rabbit Club (MRC) dan University of Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC).
Saudara Didi Hashim (DD Rabbitry) telah memenangi Best in Show (BIS) melalui arnab Netherland Dwarf dan saudara Mohd Harman (Mark Rabbitry) telah memenangi Best Reserved in Show (BRIS) melalui arnab Jersey Wooly.
Berikut adalah keputusan penuh UM International ARBA Rabbit Show 2013 yang telah diadili oleh juri ARBA, Briony Barnes dan Registrar ARBA, Arie Wardhani.
PECINTA akan terus berusaha menganjurkan ARBA Rabbit Show di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang telah bertungkus-lumus di dalam menjayakan show pada kali ini.
Wednesday, 15 May 2013
Thursday, 9 May 2013
Penubuhan Persatuan
Persatuan Pencinta Arnab Selangor telah didaftarkan pada 21 Mac 2013 sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya PPM-005-10-21032013.
Matlamat dan objektif penubuhan persatuan ini adalah :
- Mengumpul individu-individu yang mempunyai minat untuk membangun, memperkasa, memartabat dan mengembangkan pemeliharaan arnab di malaysia di dalam satu pertubuhan.
- Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
- Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama demi kepentingan persatuan.
- Mempromosi dan memperkenalkan arnab kepada masyarakat umum melalui aktiviti-aktiviti berkaitan.
- Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan tujuan kebaikan dan kepentingan ahli dan organisasi, dan
- Memupuk perasaan menghargai haiwan agar ahli-ahli dapat menjadi insan yang prihatin serta bertanggungjawab.
Semoga usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak seterusnya akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






